Keropok lekor di Kampung Losong sememangnya terkenal bukan sahaja di Terengganu, malahan juga cukup terkenal di luar Terengganu. Keenakan rasanya memang akan membuatkan sesiapa sahaja tak kenyang perut apabila merasainya. Kalau asal cuti sahaja, kampung losong akan penuh dengan pelanggan yang tak putus-putus mengunjunginya sehingga membuatkan jalan di kampung tersebut jem dengan kenderaan yang bernombor pendaftaran luar dari Terengganu.
No comments:
Post a Comment