Pages

Monday, 4 June 2012

APA YANG PERLU SAYA BUAT KALAU TIDAK MENDAPAT APA YANG SAYA INGINKAN!! BERSEDIH??

Hari ini admin ingin kongsikan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita iaitu apa yang perlu kita lakukan apabila kita tidak mendapat sesuatu yang kita amat menginginkannya.

Tanpa kita sedari, setiap hari kita sering berasa sedih, dukacita, rasa gundah gulana, dan sebagainya apabila gagal mendapat sesuatu yang diinginkan. Tetapi yakinlah sedalam-dalamnya didalam hati bahawa setiap apa yang berlaku keatas diri kita sebenarnya telah ditakdirkan oleh Allah.

Sebagai seorang Islam, kita seharusnya meyakini bahawasanya jika Allah tidak memberikan sesuatu yang kita inginkan, mungkin Allah ingin mengurniakan sesuatu yang lebih baik daripada khazanahnya. Ketahuilah bahawa khazanah Allah itu sangat luas dan apabila Ia ingin menhendaki sesuatu, cukuplah hanya dengan berkata 'kun' maka jadilah ia.

Seterusnya, Allah tidak memberikan sesuatu yang kita inginkan mungkin untuk mengelakkan diri kita daripada terkena sesuatu musibah. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa bersyukur samaada mendapat apa yang kita inginkan atau tidak, hatta jika kita mendapat suatu musibah pun kita perlu bersyukur, kerana mungkin Allah ingin mengelakkan kita daripada mendapat musibah yang lebih besar.

Firman Allah “Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

No comments:

Post a Comment