Pages

Sunday, 22 April 2012

RAWATAN KANSER

Pada bulan Februari 2012, Barney Freedman menerbitkan satu siri artikel yang menyentuh mengenai subjek rawatan kanser dan bagaimana untuk menguruskan mereka. Artikel ini adalah diubahsuai daripada artikel tersebut.


Jenis Rawatan Kanser

Dalam memahami rawatan kanser, topik utama yang akan kita bayangkan dalam benak fikiran  adalah dengan rawatan konvensional yang dijelaskan oleh ahli falsafah barat. Perubatan barat kebiasaannya berdasarkan pemahaman yang sangat terperinci dan teliti tentang masalah dan sifat asas penyakit tersebut. Bagaimanapun, perubatan barat amatlah terbatas disebabkan oleh kebergantungan yang tinggi kepada bahan kimia makmal yang terhad berbanding perubatan semula jadi yang mempunyai pelbagai sumber. Jadi, rawatan kanser dikelaskan kepada dua bahagian yang utama iaitu rawatan barat dan rawatan semula jadi.

Rawatan barat
Rawatan barat merujuk kepada aspek yang biasa seperti pembedahan, kemoterapi, terapi radiasi dan regimen ubat yang cuba menghapuskan tindak balas awal daripada sel-sel kanser. Pembedahan melibatkan fizikal, pembedahan untuk membuang bahagian-bahagian  badan di kawasan terbabit. Kelebihan kaedah ini adalah sel-sel yang terjejas boleh dibuang dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, baki sel di bahagian bawah sel yang dibuang tersebut, boleh dikatakan masih tidak selamat kerana sel-sel adakalanya menjadi aktif secara tiba-tiba. Baki sel-sel ini perlu dirawat dengan menggunakan kemoterapi atau terapi radiasi.Dalam kemoterapi, bahan kimia dalam bentuk koktel toksik diberikan kepada pesakit dan disasarkan kepada sel-sel tertentu. Setiap gerak kerja untuk rawatan tersebut adalah berbeza, tetapi matlamat adalah sama. Menyerang sel-sel kanser dan sel-sel yang sedia ada di sekitar itu untuk mengecilkan dan menghapuskannya. Begitu juga dengan teknik radiasi, di mana radiasi kebiasaannya akan memutasikan sel-sel kanser kemudian membunuhnya. Walau bagaimanapun, sebenarnya amat sakit dan kesan sampingannya cukup membuatkan pesakit menderita sementara seolah-olah kesan tersebut merupakan penyakit utama yang dihadapi. 

Rawatan semulajadi
Rawatan semula jadi melalui proses yang jauh berbeza daripada rawatan barat. Seperti namanya yang semulajadi, ramuan untuk rawatan ini didapati daripada bahan sumber alam. Pakar dalam rawatan ini percaya bahawa benda di alam ini boleh digunakan untuk mengimbangi kejadian alam yang lain. Jadi sel kanser hanya parasit yang hidup di dalam sel manusia yang sihat. Seterusnya, pemangsa hanya layak dibandingkan dengan mangsa, dan menggunakan konsep mangsa dan pemangsa, pakar perubatan membayangkan sel kanser adalah pemangsa kerana ia memakan sel yang sihat. Satu contoh rawatan kanser datangnya dari benih ganja dan marijuana. Bahan aktif dalam Nigella ganja THC akan mensasarkan sel-sel kanser dan bertujuan untuk merawat mangsa serangan kanser. Jadi dengan menggunakan konsep mangsa dan pemangsa, pakar perubatan memperkenalkan satu pemangsa yang lebih berpengaruh di dalam rantaian 'makanan' untuk menyerang kanser,iaitu THC ke dalam sistem tubuhTHC hanya akan menyerang sel-sel kanser dan tidak tidak kepada sel-sel sihat. Perbezaan dalam kedua-dua kaedah rawatan ini meningkatkan potensi mengurangkan penyakit kanser dan meningkatkan kualiti hidup.

Mengenai Penulis
Artikel ini ditulis oleh Gaby Lewis yang merupakan pesakit kanser yang masih hidup dan mengajar kaedah menangani penyakit ini kepada pesakit kanser. Artikel ini telah dikaji dari artikel yang ditulis oleh Barney Freedman. Artikelnya Urusan Rawatan Kanser adalah asas utama yang digunakan dalam artikel ini.

No comments:

Post a Comment